Monday, 24 April 2017

FASHION



Adakah engkau sengaja ?

Menunjukkan aurat engkau dengan yang bukan muhrim adalah haram dan berdosa . Tetapi aku masih tidak mengerti kenapa manusia pada masa kini terlalu ikutkan budaya barat dan terlalu mengagungkan cara pemakaian mereka .

Engkau sepatutnya tidak menayangkan aurat pada orang lain . Engkau tahu apa azabnya di dalam kubur nanti? Tidak kesiankah engkau pada ayah engkau yang perlu menanggung dosa engkau walaupun engkau sudah baligh , tidak kesian kah?

Sudah cukup-cukuplah engkau berpakaian sebegitu (pakaian yang menjolok mata.)

Berubah lah masih ada masa lagi untuk engkau berubah . Jangan ketika engkau sudah tua barulah engkau nak sedar semua itu . Mana mungkin pada masa itu engkau sudah tidak sempat ? Allah saja yang tahu .

Bertaubatlah dan dekatkan diri dengan ALLAH S.W.T.

#AkuKoyakkk





BEST BUDDIES


Dalam setiap kehidupan seseorang itu pasti akan adanya kawan . Kawan juga adalah salah satu tempat untuk kita mengadu apa yang kita rasa , apa yang kita pendam selama ini .

Kawan aku berharap agar kau sentiasa bersama-sama aku pabila ketika masa susah dan senang . Aku berharapagar  kau tidak melupakan kenangan-kenangan pahit dan manis kita bersama .

Aku berharap kita sama-sama akan berjaya pada masa hadapan .

Oh kawan ,

Terima kasih untuk segalanya.

Terima kasih kerana engkau sudi berkawan dengan aku.

Terima kasih juga kerana engkau sanggup bersabar dengan diri aku.

Terima kasih kawan tanpa kau mungkin aku tidak dapat menyelesaikan masalah dengan sendiri.

#AkuKoyakkk

Sunday, 23 April 2017

MAAFKAN ATAU BERDENDAM


Maafkan atau berdendam ?

Adakah engkau terlalu sempurna untuk tidak memaafkan orang lain ?

Tidakkah engkau memikirkan perasaan dan hati orang disekeliling engkau ?

Adakah engkau hanya berpura pura tidak mengetahui apakah kesan kesan yang akan berlaku kelak ?

Ayat ada mengatakan bahawa "Nabi pun mengampunkan umatnya" Tidakkah engkau sedar lagi kita ini hanya sekadar kuman ?

Layakkah engkau untuk menyimpan dendam dan tidak memaafkan orang lain ?

Engkau sombong !
Engkau bongkak !
Engkau hanya menyangka kau seorang sahaja yang betul !

Sedarlah engkau akan tergolong dalam golongan orang2 yang berhati hitam jika tidak berusaha memaafkan orang lain .


#AkuKoyakkk

DIPERBODOHKAN


Aku sakit dan aku dibodohkan.

Macam mana saat aku jatuh ditinggalkan.

Betapa sakit saat aku tahu kau bohong.

Sungguh bodoh saat aku percaya kau yang terbaik.

Hilang akal saat aku serahkan hati aku pada kau.

Aku bagaikan tiada agama saat membiarkan lelaki yang bukan muhrim menyentuh kulit ku , melihat aurat ku , dan saling bertentangan mata.

Dulu kau mengeluarkan kata kata manis sampaikan aku cair dan hanyut dengan nafsu durjana. Ternyata baru aku sedar kata kata kau bagaikan cerbisan gunung berapi yang memeritkan hati aku.

Kenapa anak adam ? Adakah kau menganggap yang perempuan ini barang mainan ? Tempat kau melepaskan nafsu ? Atau tempat untuk kau berimaginasi ? Kau mempunyai 1 nafsu dan 9 akal sedarkah engkau bahawa 1 nafsu durjana kau dapat merosakkan 9 akal engkau ? Jangan sakitkan hati dia , jangan buat dia bagaikan sampah , jangan biarkan setitik air mata dia menitis disebabkan kau.

Perempuan ini manja , ingin disayangi , ingin dihargai . Jangan biarkan dia sakit hati . Jangan ingat dia perempuan dia lemah dan tidak berdaya untuk sakiti hati kau tapi kenapa dia tidak buat ? Jika seorang perempuan berbuat sedemikian apa bezanya kau dan dia ?

Pada zaman ini perempuan tidak kesah lagi jika tiada seseorang untuk membahagiakan kehidupan dia , kini seorang wanita lebih mengejar kepada kerjayanya sebab apa ? Sebab tak mati pun takda kau jantan.


#AkuKoyakk

HATERS


Pendengki.

Semakin dekat penghujung dunia ini berguling-guling manusia inginkan populariti dan dalam masa yang sama ada satu kumpulan berbayang hitam dengan penuh hasrat dengki , dengan lidah yang tajam seperti pisau , dengan pemikiran yang singkat , perasaan ingin menjadi orang lain , mulut yang mudah mengeluarkan ayat cacian , menghina tanpa memikirkan perasaan orang lain dan tidak langsung memikirkan tentang maruah dirinya sama ada lelaki mahupun perempuan . Wahai golongan berbayang hitam sedarkah engkau bahawa pada detik ini kau mencaci orang lain sebenarnya kau memberikan populariti terhadap seseorang di media sosial ? Ataupun pada satu tahap kau jugak akan menjadi "fans" kepada orang yang kau hina sebelum ini ? Adakah kau rasa kau menghina seseorang itu di public kau akan mendapat sokongan dari pihak lain ? Tidak , malah kau yang akan mendapat malu dan orang yang telah kau hina peminatnya akan semakin bertambah . Jangan biarkan sifat dengki kau menguasai daya pemikiran kau , buang sifat itu hidup kau akan bahagia dan golongan berbayang hitam mungkin akan pupus. " Golongan berbayang hitam mendapat tahi & si dia mendapat emas "


#AkuKoyakkk

DIRI KAU?


Ya. Itulah diri kau.

Kau selalu menyalahkan orang lain. 
Kau selalu mencari salah orang lain.

Kau abaikan perasaan orang lain.

Bagi kau orang lain hanyalah jenaka semata.

Bagi kau orang lain hanyalah permainan semata.

Bagi kau orang lain hanyalah hiburan semata.

Adakah kau manusia yang sudah sempurna fizikal mahupun rohaninya ? 
Perlukah kau menjadi umpama haiwan yang tidak mempunyai akal dan daya pemikirannya? 
Adakah kau memikirkan perasaan orang yang telah kau sakiti hatinya ?

Perlukah kau merendahkan martabat kau di mata dunia lagi ? Tidak. Maka berhentilah. 
Adakah kau seperti itu lagi ?

Ya. Itulah diri kau.


#AkuKoyakkk