Sunday, 23 April 2017

HATERS


Pendengki.

Semakin dekat penghujung dunia ini berguling-guling manusia inginkan populariti dan dalam masa yang sama ada satu kumpulan berbayang hitam dengan penuh hasrat dengki , dengan lidah yang tajam seperti pisau , dengan pemikiran yang singkat , perasaan ingin menjadi orang lain , mulut yang mudah mengeluarkan ayat cacian , menghina tanpa memikirkan perasaan orang lain dan tidak langsung memikirkan tentang maruah dirinya sama ada lelaki mahupun perempuan . Wahai golongan berbayang hitam sedarkah engkau bahawa pada detik ini kau mencaci orang lain sebenarnya kau memberikan populariti terhadap seseorang di media sosial ? Ataupun pada satu tahap kau jugak akan menjadi "fans" kepada orang yang kau hina sebelum ini ? Adakah kau rasa kau menghina seseorang itu di public kau akan mendapat sokongan dari pihak lain ? Tidak , malah kau yang akan mendapat malu dan orang yang telah kau hina peminatnya akan semakin bertambah . Jangan biarkan sifat dengki kau menguasai daya pemikiran kau , buang sifat itu hidup kau akan bahagia dan golongan berbayang hitam mungkin akan pupus. " Golongan berbayang hitam mendapat tahi & si dia mendapat emas "


#AkuKoyakkk

No comments:

Post a Comment