Aku sakit dan aku dibodohkan.
Macam mana saat aku jatuh ditinggalkan.
Betapa sakit saat aku tahu kau bohong.
Sungguh bodoh saat aku percaya kau yang terbaik.
Hilang akal saat aku serahkan hati aku pada kau.
Aku bagaikan tiada agama saat membiarkan lelaki yang bukan muhrim menyentuh kulit ku , melihat aurat ku , dan saling bertentangan mata.
Dulu kau mengeluarkan kata kata manis sampaikan aku cair dan hanyut dengan nafsu durjana. Ternyata baru aku sedar kata kata kau bagaikan cerbisan gunung berapi yang memeritkan hati aku.
Kenapa anak adam ? Adakah kau menganggap yang perempuan ini barang mainan ? Tempat kau melepaskan nafsu ? Atau tempat untuk kau berimaginasi ? Kau mempunyai 1 nafsu dan 9 akal sedarkah engkau bahawa 1 nafsu durjana kau dapat merosakkan 9 akal engkau ? Jangan sakitkan hati dia , jangan buat dia bagaikan sampah , jangan biarkan setitik air mata dia menitis disebabkan kau.
Perempuan ini manja , ingin disayangi , ingin dihargai . Jangan biarkan dia sakit hati . Jangan ingat dia perempuan dia lemah dan tidak berdaya untuk sakiti hati kau tapi kenapa dia tidak buat ? Jika seorang perempuan berbuat sedemikian apa bezanya kau dan dia ?
Pada zaman ini perempuan tidak kesah lagi jika tiada seseorang untuk membahagiakan kehidupan dia , kini seorang wanita lebih mengejar kepada kerjayanya sebab apa ? Sebab tak mati pun takda kau jantan.
#AkuKoyakk
No comments:
Post a Comment