Tuesday, 8 May 2018

FAMILY - KRR THE MINES


Hi everyone , harini aku nak cerita sikit pengalaman aku bekerja di kenny rogers roasters . Aku bermula bekerja pada 4 January 2018 .  Pada masa mula aku bekerja memang rasa malu sangat sebab tak kenal semua kalau aku berborak pun dengan kawan aku yang berbaju biru dalam gambar ni . Kerja kedai makan memang penat tapi kalau nak ikutkan kita kerja dekat mana-mana pun penat jugak . Apa kebaikan yang aku dapat semasa aku bekerja ialah aku dapat belajar macam mana aku serve orang , amik order , buat meal (kerja bahagian belakang) , dan buat product . Selain itu, bila kau kerja kedai makan diorang akan bagi korang makan dekat situ .

Aku bekerja selama 4 bulan sahaja sebab nak sambung belajar . Yah aku berhenti pada 27 April 2018 sebab berhenti mendapat tawaran belajar di tingkatan 6 . Now aku berada di tingkatan 6 tapi aku masih menunggu result upu keluar yang akan keluar pada 21 Mei 2018 . 

Setelah 4 bulan aku bekerja , lama-lama tu aku makin rapat dengan semua . Lagi-lagi manager aku yang sorang ni (dlm gambar sebelah baju kelabu dan hitam) Aku rapat gila dengan dia and kekadang kitorang ni kuat bergaduh jugak . Dah macam adik beradik dah weh kitorang ni . Masa nak tinggalkan tu berat hati nak berhenti . Aku rindu semuanya . Kadang aku rindu pun ada masa aku datang kedai untuk jenguk semua yang ada . 

Masa second day dan last day aku , aku kena mandi gais kena mandi . Muka kena sapu dengan coklat lah wipe cream . Kena simbah dengan air dan sebagainya . Memang basah teruk lah aku masa tu sampai sakit lah dibuatnya . Hahahaha but yah aku redha . Pengakhiran yang sangat menyedihkan dan tak tahu lah nak describe perasaan masa tu . Apa pun pastikan bila korang bekerja ni jangan lah fikir penat ke apa . Ya penat tu memang penat tapi korang kena ingat kita bekerja untuk mencari satu pengalaman yang baru .

No comments:

Post a Comment