Tuesday, 8 May 2018

TEMUDUGA UITM - SENI LUKIS DAN SENI REKA

Hi everyone , harini aku nak cerita macam mana pengalaman aku masa temuduga di fakulti seni lukis dan seni reka . Okay lah pengalaman yang mengajar aku untuk menambah baikan lepasni sebab apa tau sebab lepas ni kita kena get ready lebih awal untuk semua temuduga . Jangan jadi macam aku hari sabtu nak pergi temuduga hari khamis barulah terhegeh-hegeh nak buat pengesahan apa semua . Kira last minute jugak lah tu aku buat kerja . For your information , pada 28 April 2018(SABTU) adalah hari temuduga aku di FAKULTI SENI LUKIS DAN SENI REKA,Shah Alam . Aku kena lapor diri pada pukul 8.30pagi . Awalkan? Ya awal , aku gerak dari rumah pun dalam pukul 6pagi sampai sana dalam pukul 7.50pagi . Nak kata jam tu tidaklah cuma bila kau dah sampai and nak masuk pintu pagar UITM tu yang jalan dah mula sesak teruk . Sakit jiwa aku duduk dalam kereta lelama . hahaha . Okay masa korang tengah menunggu nak cari parking dah sampai dekat tempat kereta turunkan anak-anak dia korang turun je dekat situ . Ala berdikari lah berpisah kejap dengan mak ayah korang tu . Lepas kau dah turun and jalan sampai ke fakulti seni lukis dan seni reka tu korang akan dengar taklimat sedikit dan selepas tu baru lah korang kena tanda tangan sebagai kehadiran korang dekat panel2 yang telah ditetapkan . Oh ya nanti ada lecturer tu suruh korang keluar dan tengok dekat whiteboard cari nama korang and then baru korang masuk dlm pergi dekat nombor panel tu korang sign terus dan beratur terus untuk amik satu kertas maklumat korang .


Okay masa ni nama aku dekat panel 7 so aku pergi je dekat panel 7 . Lepas korang dah amik kertas maklumat diri korang tu korang kena beratur lagi untuk masuk ke dewan pulak . And korang akan diberi satu kertas dekat kertas tu korang kena buat lah mana minat dan tak minat dari nombor 1-9 gitu je and yah Korang tahu tak panjang gila weh masa beratur lepastu masing-masing amik nombor giliran . Aku punya nombor giliran masa tu nombor 232 :) betapa seksanya nak menunggu . Okay then korang akan dibawa ke satu bilik lukisan pulak untuk lakukan ujian melukis dan seterusnya adalah temuduga . Korang kalau nak lukis tu pastikan korang bawak barang yang dia suruh bawak macam kertas lukisan size A3 , pencil 2B dan pemadam . Okay apa yang aku lukis ialah ...


Masa memula aku tengok and nak melukis aku rasa cam susahnya tapi dah lelama tu aku try jugak sampai lah menjadi even tak berapa nak cantik . Kalau kain tu ada corak korang tak payah lah lukis lain lah kalau korang terror en boleh lah lukis . Okay ujian melukis dia sekejap je dalam 45 minit macam tu je . Sekejap sebab ramai lagi weh yang nak amik ujian lukisan . Korang akan duduk mengelilingi and benda tu di tengah so semua orang punya lukisan pada sudut yang berbeza dan lukisan korang akan berbeza . Nanti akan ada lecturer bagitahu apa yang dia nak kan pada lukisan tu , yang aku ingat dia nak kan ton colour camtu lah . Lepas korang dah settle 45minit untuk ujian melukis korang akan dibawa kembali ke dewan untuk sesi temuduga . Bila korang dah dipanggil hah get ready cepat . Make sure korang bawak dokumen yang dia suruh . Nanti adalah dia tanya soalan2 . Make sure korang jawab tu dengan confident kalau dia tanya nak hantar kau ke tempat yang jauh korang cakap je 'ya saya boleh', bukan apa sebenarnya dia nak uji korang je tu .Kalau korang ada projek kerja kursus seni ke , lukisan yang pernah korang lukis boleh bawak . Itu sebagai bukti yang korang ni betul2 minat seni . Aku habis temuduga pun dalam pukuln 1230 camtu , orang lain yang datang lambat tu lagi lah aku tak tahu camne mesti lagi lambat . Kau bayangkan lah dari pagi kat situ je . But yah aku masa pergi temuduga ni pun ada kawan aku sorang . yang mana pergi sorang tu hah masa ni lah korang cari kawan baru even tak kenal .


Inilah hasil lukisan yang aku lukis . Agak rumit nak melukis tu haahahaha tapi ya aku berpuas hati dengan lukisan aku ni . So untuk batch seterusnya yang dapat temuduga tu aku tak tahu korang kena lukis apa pulak lepasni .But goodluck for you gais . Semoga korang boleh jawab dengan confident bila lecturer tu tanya . Before aku terlupa masa korang dah nak temuduga tu , kalau lecturer tu kata belum kata suruh duduk korang jangan duduk lagi . Kalau dia suruh duduk baru korang duduk and masa ni korang senyum dan bagi salam ya . Goodluck !

No comments:

Post a Comment